.::APIB:Taman Ilmu&Amal::.
Log Masuk | Daftar
Today is : Friday, 18 May 2012
SRI AL-IRSYAD BALOK
sraib
Main Menu
.::APIB:Taman Ilmu&Amal::.
.::Profil Sekolah::.
.::Taujihat C.E.O::.
.::Dari Meja Mudirah::.
.::Ahli Jemaah Pengurus::.
.::PIBG::.
.::Unit Kurikulum::.
.::Unit Tarbiyyah::.
.::Tunas Kadet Remaja Sekolah[TKRS]::.
.::Taqwim 2009::.
.::Aktiviti Terkini::.
.::Forum::.
.::Galeri::.
.::Catatan Pengunjung::.
.::Hubungi Kami::.
.::Carian::.
Kalendar Aktiviti
« < May 2012 > »
M T W T F S S
30 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3
e-Analisa
e-Bank Soalan
bs
e-Santai

sudut_pelajar

 sudut_pendidik

sudut_ibubapa

English Learning Kiosk
kiosk
We Love ISLAM
Tazkirah
tazkirah
e-Buletin
buletin
SEMBANG CYBER
Nama:

Mesej:

Portal Statistik
Ahli: 574
Berita: 150
Pautan: 4
banner
PENGUMUMAN PDF Cetak E-mail

Website baru Al-Irsyad Balok:

http://irsyadbalok.com.my/

 
UPSR 2009 PDF Cetak E-mail

Image 

Image

 
 
UPSR PDF Cetak E-mail

 Image

Pelajar-pelajar tahun 6 akan menduduki UPSR pada 8-10 September 2009.Sama-samalah kita berdoa, semoga Allah memudahkan mereka untuk menjawab, insyaAllah. Biasanya bila tiba musim peperiksaan,ibubapa lebih bimbang berbanding anak-anak. Jangan pula kerana tekanan yang kita rasakan dan harapan yang kita letakkan terhadap seorang anak, membuatkan kita kelam kabut hingga lupa apa yang patut dilakukan disaat menjelangnya peperiksaan. Salah pendekatan kita, maka anak yang akan menerima akibatnya kelak hingga tanpa disedari menjejaskan prestasi peperiksaannya. Berikut adalah Panduan Ibubapa Menjelang Peperiksaan Anak.



1. Fahami Tekanan Yang Dihadapi Oleh Anak

Bukan sahaja ibu bapa yang bimbang, anak-anak juga sebenarnya bimbang. Mungkin ada diantara mereka tidak begitu menunjukkan kebimbangan tetapi ia dapat dilihat dari segi perubahan sikap dan tingkah laku mereka.Ada anak-anak yang rungsing lalu tidak berselera makan tetapi ada pula yang menjadi terlalu kuat makan. Ada yang tidak boleh tidur tetapi ada pula yang semakin kuat tidurnya. Ada yang murung, marah-marah, sensitif dan sebagainya. Sememangnya perasaan bimbang boleh menyebabkan berlakunya perubahan sikap dan tingkah laku ini. ImageSebagai ibu bapa, kita mesti peka terhadap perubahan ini dan cuba sedaya upaya mengurangkan tekanan tersebut dengan lebih memahami mereka.Katakan kepada mereka dengan jelas bahawa apa yang kita harapkan dari mereka hanyalah melakukan yang terbaik mengikut kemampuan diri mereka. Jelaskan kepada mereka kecemerlangan akademik bukan hanya satu-satunya syarat untuk mereka hidup cemerlang di dunia Allah ini.

Apabila tinggal beberapa hari lagi untuk menghadapi peperiksaan, elakkan dari menyuruh mereka menjawab terlalu banyak soalan-soalan yang mereka tidak ketahui penyelesaiannya kerana ini akan membuatkan mereka rasa tidak bersedia. Keyakinan diri mereka akan tergugat dan ini akan menjejaskan prestasi mereka dalam menjawab soalan-soalan yang mereka sedia ketahui.

Adalah lebih baik ibu bapa diam tanpa memberikan sebarang komen apabila didapati perasaan anak terlalu tertekan hingga ada ketikanya dia memberontak lalu meluahkan perasaan dengan mengatakan yang dia pasti gagal. Perhatikan sahaja gelagat anak sebab biasanya luahan perasaan itu bukanlah luahan yang sebenar. Selepas itu, ajak anak melakukan aktiviti yang menyeronokkan tanpa perlu keluar dari rumah. Misalnya, adakan masa untuk menonton cerita jenaka seketika. Berhibur dan bergelak ketawalah sekeluarga. Ini akan membuatkan perasaan tegang dalam diri anak mengendur dan dia kini bersedia untuk kembali belajar semula. Ketika ini, tanamkan keyakinan dalam diri mereka semula. Rancang bersama jadual ulangkaji mereka dan cuba mudah-mudahkan setiap langkah yang mahu diambil.

Baca lagi...
 
.::Ramadhan::. PDF Cetak E-mail

Maksimakan Perolehan Untung Ramadhan

 

Bagi memastikan kesohihan puasa serta mampu memaksimakan pahala dan keuntungan dari Ramadhan, amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut perlu dilakukan:-

1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

2) Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). Nabi SAW bersabda :

" Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur" (Muslim, 2/770).

Selain itu, Nabi juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" ( Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim).

Baginda SAW juga menyebutkan bahawa Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan).

Selain makan tatkala itu adalah amat digalakkan kita untuk mendirikan solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah(bagi lelaki).

Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW.

3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan membaca al-quran di atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca hadith dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail as. Hal ini disebut di dalam hadith al-Bukhari.

4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.

Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaimana di tegaskan oleh Nabi s.a.w :-

ثلاثة حق على الله أن لا يرد لهم دعوة : الصائم حتى يفطر والمظلوم حتى ينتصر والمسافر حتى يرجع

Ertinya : Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar,

Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حتى يفطر والإمام العادل ودعوة المظلوم

Ertinya : Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ; Hadis Hasan menurut Imam At-Tirmidzi dan Ibn Hajar, sohih menurut Syeikh Ahmad Syakir)

 


Baca lagi...
 
<< Awal < Sebelumnya 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Berikutnya > Tamat >>

Keputusan 1 - 5 dari 49
Sumbangan
fund
e-Iklan
 
iklan
Info Terkini

**UPSR**

8-10/9/2009

**FINAL IHYA' RAMADAN**

12/9/2009

**SEKOLAH GANTI**

 12/9/2009

**IFTAR JAMA'EI**

12/9/2009

****


 :minimo_19:

14 Julai-14 Ogos 2009

Anyone who stops learning is old,

whether at twenty or eighty.

Anyone who keeps learning

stays young. The greatest

thing in life is to keep your

mind young….

~Henry Ford~

 

 
Laman Pautan
musleh
 
websekolah musleh
 
irsyad
 

 
 utusan
 
mk
 
ts
 
antibuli
e-Learning
tutor
 
webs
 
DBP
 
Download
click
Pengunjung
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini260
mod_vvisit_counterSemalam525
mod_vvisit_counterBulan ini9038
mod_vvisit_counterKeseluruhan290283